Followers

Kereta Baru


Hi Semua,

Terlebih dahulu Mr Husband nak mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua. Semoga tahun ini kita dapat mencapai apa yang kita impikan dan menyempurnakan apa-apa azam yang tak berjaya dicapai ataupun sipi-sipi lagi nak tercapai. Gud luck ye semua.

Entry kali ni Mr Husband nak ceritakan pengalaman semalam pergi ke kedai Used Car di Jalan Klang Lama. Beberapa hari sebelum ni, saya dan Mrs Wife ada berbincang untuk membeli kereta baru. Ini gara-gara 'Estima' kami mati dan tak bolah nak start di lorong Touch 'n' Go di Highway NPE dalam cuaca hujan yang sangat lebat pada malam Isnin yang lalu ketika kami dalam perjalanan untuk menebus Pizza RM 1.00. Ingatkan nak pergi la makan di Mid Valley, tapi terpaksalah bungkus bawak balik je pizza tu. Beli dekat PJ New Town. Biasa la, naik 'Estima Legend'.

Lepas solat Jumaat, saya start motor dan mulakan perjalanan. Sampai di kedai tu, berpuluh-puluh kereta saya lihat. Then Salesman pun yang lihat saya terus menghampiri saya.

Salesman : Yes bos, mau cari keleta apa? Berapa u punya budget?

Mr Husband : Saya nak cari kereta yang bulan-bulan bayar RM 300.00

Salesmen : Tiga latus ha ? (sambil garu kepala), in kereta Kia ada, Waja, Perdana, lagi confirm ada punya, itu Kancil.

Mr Husband : Ooo.. ye ke? ok x pe saya tengok-tengok dulu eh.

Rupa-rupanya, kalau nak dapat kereta yang bayar bulan-bulan RM 300 - RM 400 ni, arge kereta dalam range RM 30k ke bawah. So saya mula tengok kat jalan besar. Kereta lalu-lalang. Kereta baru-baru sekarang ni kebanyakannya owner kena bayar dalam RM 500 ke atas. Dasat gak rupanya. Mulalah saya terfikir, Macam mana dengan orang yang bergaji RM 2000 sebulan? Pakai Persona or Myvi? Berapa gaji diorang tinggal lepas tolak duit kereta, duit rumah, duit minyak, dan hutang-hutang lain?

Saya dan Mrs Wife nak cari kereta yang bayar bulan-bulan murah bukan apa, sebulan lebih kurang kami menggunakan kereta hanya 4-6 kali sahaja. So, bagi kami, tersangatlah membazir jika bayar kereta mahal-mahal tapi tak digunakan. Simpan je kat rumah biar berhabuk. Cukup bulan kena bayar.

Lepas fikir-fikir, saya dapat cadangan baru yang lebih mendatangkan untung tetapi perlukan sedikit pengorbanan. So saya balik terus.

Entry selepas ini, saya akan ceritakan kepada anda, apa cadangan yang saya akan usulkan kepada Mrs Wife.

Ok.. Selamat Membaca..

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment