Followers

Kereta Baru (Part 2)


Dengan hati yang bersemangat, saya pulang ke rumah. Tak sabar nak ceritakan usul terbaru kepada Mrs Wife.


Oleh kerana kami ni orang yang berniaga, kami tidak menggunakan kredit kad. Ini kerana, kami risau kami tersalah guna Kredit Kad untuk kegunaan yang tidak mendatangkan keuntungan. Kereta sebelum ini, kami hanya sambung bayar dari abang ipar. 'Estima Legend' kami kami dapat percuma dari bapa Mrs Wife. Kami tak pernah buat apa-apa loan dengan bank. Rekod kami dengan bank 'BERSIH'. Sebelum ini, kami ingat, jika kami tak pernah buat apa-apa loan, labih mudah untuk kami dapat credit facilities dari bank. Tetapi kami silap. Lebih sukar rupanya. Bank lebih suka bagi kepada orang yang pernah ada record pinjaman dengan mereka.

Ok, berbalik kepada usul yang akan dikemukakan kepada Mrs Wife. Saya cadangkan kepada Mrs Wife. Apa kata, kita berkorban setahun dua lagi? Tak berbaloi bayar kereta RM 400 - RM 500 sebulan selama 7 tahun tapi jarang pakai dan lebih banyak susahnya dari senangnya. Tapi kita gunakan duit yang sama untuk mendatangkan keuntungan dan income kepada kita? Macam mana?

CARANYA :
Step 1 : Mulai awal tahun ini, pergi ke RHB, buat loan ASB RM 100,000.00 atas nama Mr Husband. Gunakan duit untuk bayar kereta itu untuk bayar ansuran bulanan pinjaman loan ASB tersebut untuk tahun yang pertama. Tahun berikutnya, hanya gunakan dividen dari RM 100,000.00 yang diberikan oleh ASB untuk bayar ansuran bulanan secara 'lumpsum' setahun. Repeat cara itu sehinggan 25 tahun. Selepas 25 tahun, Mr Husband akan ada lebih kurang RM 160,000.00 dalam akaun ASB.

Step 2 : Pada tahun 2012, ulang perkara yang sama. tetapi kali ini buka akaun ASB menggunakan nama Mrs Wife.

modal untuk akaun Mr Husband = RM 600 x 12 bulan = RM 7,200.00
modal untuk akaun Mrs Wife = RM 600 x 12 bulan = RM 7,200.00
TOTAL MODAL = RM 14,400.00

keuntungan selepas 25 tahun = RM 160,000.00 x 2 akaun = RM 320,000.00

Peratus keuntungan = 2222.22%


Step 3 : Lepas ada track record dengan bank, baru la senang untuk buat loan rumah. So, Misi selepas 3 bulan buan loan ASB ialah untuk mula membeli rumah. tapi bukan untuk diduduki. Untuk disewa. Barulah boleh untung.

Kereta baru ? Kena tunggu dulu. Sabar. Insya allah, ada rezeki kami.

Kena ingat semua. Jika kita ingin kaya, pastikan 'DUIT MASUK LEBIH BANYAK DARI DUIT KELUAR'

Kurangkan Liabiliti, Banyakkan Asset.

Liabiliti = apa sahaja yang menyebabkan kita keluar duit untuknya.
Contoh yang paling baik, Rumah yang kita duduki dan kereta kita.

Asset : apa sahaja yang menyebabkan duit masuk ke dalam poket kita.
Contoh yang paling baik, Rumah yang kita sewakan atau kereta yang kita sewakan.

Gud luck Semua.

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment