Followers

Ketam Cina & Ketam Melayu


hi semua,

rasanya dah lama tak ber'blog' ni. Biasa la.. sibuk sket. Ni baru ada masa nak tengok komputer. Tahniah kepada Pasukan Malaysia kerana menang perlawanan bola sepak yang lepas. Hari ni semua orang cuti. Yang berniaga, ada yang cuti dan ada yang tak. Kebanyakan yang bekerja harini sure cuti kan?

Tadi saya view page Facebook saya dan Mrs Wife. Ada la sorang member ni punya status.

"Kerajaan malaysia akan mgambil tindakan kepada majikan-majikan yang tidak memberikan cuti kepada pekerja2 nya....semalam berita tengah malam kpd majikan yang tidak membayar dua atau tiga kali ganda pd hr cuti umum... boleh d ambil tindakan...hehehe aku baru je taip email n send pada bos...mintak2 dia bayar double atau lebih2 pun tak pe...hati aku senang ler...dh ler kna keje hari nie d waktu org lain bcuti aku keje...bwekkk ;P"

Sorry kalau saya silap. Bagi saya, Kerajaan Malaysia memang bagus kerana mempertahankan hak pekerja-pekerja. Tetapi, dimanakah hak majikan? Apa yang kerajaan lakukan kepada pekerja-pekerja yang berfacebook, berniaga, dan apa-apa sahaja perbuatan yang boleh dianggap sebagai 'CURI TULANG'"

Ramai pekerja yang tidak puas hati dengan layanan majikan yang tak berikan benifit, gaji dan cuti yang cukup. Atau marah dengan majikan yang selalu marah-marah apabila pekerja buat sedikit kesilapan. Tetapi, berapa ramai pula pekerja yang berani untuk berhenti kerja disebabkan oleh rasa tidak puas hati mereka itu.

Bagi saya, hidup ni mudah sahaja. Jika pekerja rasa tidak puas hati dengan majikan, ataupun dengan benifit yang diberikan, berhenti saja. Bukan susah. Cari kerja lain ataupun mulakan berniaga.

Ramai orang hanya berani complain tapi tak berani untuk ambil tindakan untuk berubah. Begitulah sifat kebanyakan orang bangsa kita. Kadangkala, bila ada di kalangan kita yang ingin berubah, rakan-rakan yang lain akan menghasut orang itu untuk tidak berubah dan kekal dengan kehidupan yang sedia ada. Ini mengingatkan saya kepada sebuah kisah :

KISAH KETAM CINA & KETAM MELAYU


Situasi berlaku pada waktu pagi di sebuah pasar borong yang dirahsiakan tempatnya

Penjual : Mali-mali, ada manyak ketam. Mulah.. mulah.. mulah!!!!

Kemudian, datang seorang pembeli sambil melihat kotak yang berisi dengan ketam-ketam itu. Ada 2 buah kotak. Sebuah kotak bertulis "Ketam Cina" dan sebuah lagi bertulis "Ketam Melayu"

Pembeli : Taukeh, apa beza ini ketam cina dan ketam melayu ni. nampak sama je jenis dia.
Tapi apa pasal ketam cina ni bertutup kotak dia? Kenapa ketam melayu tak
bertutup?

Penjual : Ooo.. u mau tau ka? Itu ketam cina manyak susah mau jaga. Bila satu ekor panjat
mau keluar itu kotak, dia punya kawan-kawan tolak dia. Tolong kasi keluar. Bila dia
sudah keluar, dia tolong pulak dia punya kawan keluar. Itu pasal kena tutup itu
kotak. Manyak susah mau jaga woo..

Pembeli : Abis tu apasal ketam melayu ni x bertutup?

Penjual : Itu ketam melayu manyak senang mau jaga. dia talak lari punya ma.. Bila ada satu
ekor mau panjat keluar, dia punya kawan-kawan kasi tarik dia masuk dalam balik.
Itu pasal dia punya kotak tak payah tutup. Manyak senang ma..

Pembeli : Ooo.. Ok la apek, x jadi la mau beli. Saja tanya saja.

Lalu pembeli tu pun berlalu sambil memikirkan kata-kata apek penjual ketam tu.

Anda semua dapat tak fikirkan moral dari kisah tersebut? Jangan pandang kisah ini dari sudut negatif. Fikirkan dari sudut positif. Betul tak apa yang apek tu cakapkan? Ada tak perkara itu berlaku dalam kehidupan kita?

Semoga kita semua dapat melakukan perubahan dalam hidup kita untuk kita lebih berjaya. Semoga Allah menjadikan Hari ini lebih baik dari semalam dan Hari esok lebih baik dari hari ini. Amin..

Mr Husband






Jalan-jalan Port Dickson


hi semua,

kami baru sampai ke kampung halaman Mr Husband di Melaka. Sebelum sampai sini tadi, saya, Mrs Wife dan Mr Little Hero singgah ke Port Dickson. Jalan-jalan cari duit. Alang-alang lalu kan. Alhamdulillah, kami berjaya menjual 1 1/2 daripada 8 kotak produk yang kami bawa.

Hepi rasanya hari ni. Tapi macam biasa la, mesti ada kita jumpa orang yang menyakitkan hati. Tapi kita anggap semua tu dugaan ketika berniaga.

Kisahnya begini, ada sebuah kedai yang kami masuk sebelum balik tadi untuk promote produk kami ni. Dekat kaunter ada seorang pakcik yang umurnya dalam lingkungan 50-an. Mula-mula dia sambut kita dengan baik. Mungkin dia ingatkan kita ni nak beli barang kat kedai dia. Lepas kita introducekan diri, terus air muka dia berubah. As usual, air muka yang melihat kita macam kita ni nak minta sedekah.

Selepas memperkenalkan produk kami, dia dengan nada yang agak sombong meng'komen' macam-macam tentang kami dan produk kami. Ada yang boleh diterima pakai dan ada yang agak menjatuhkan maruah kami dan menghina.

Dia memuji-muji orang cina yang ada kat dalam kedai dia waktu tu. Rupa-rupanya orang cina tu adalah supplier barang di dalam kedai dia. Dia mengatakan bahawa orang melayu ni kalau meniaga tak pandai nak service customer. Tak bertanggungjawab dan macam-macam lagi la. Gaya bercakap macam dia tu bukan orang melayu yang berniaga.

Bagi saya, kita sebagai orang melayu, yang sama bangsa dan agama, seharusnya menegur orang melayu yang lain sekiranya kita lihat mereka melakukan kesalahan atau kita tidak berpuas hati dengan service yang diberikan. Bukan terus-menerus mengutuk. Beginilah sikap segelintir peniaga-peniaga melayu yang lebih mengagungkan bangsa lain daripada membantu atau menegur bangsa sendiri. Macam mana bangsa kita nak maju?

Seronok juga bila melakukan outdoor marketing & sales ni. Pelbagai ragam orang kita boleh lihat. Itu belum lagi yang reject kita. Tapi kita hendaklah sentiasa ingat. Ibarat katai rakan-rakan yang menjalankan business MLM @ Networking Business "IF THEY SAY NO, JUST SAY NEXT." Jangan putus asa.

Dalam hidup kita, kita akan melalui macam-macan penolakan @ rejection. Tetapi setiap rejection itu kan membawa kita semakin hampir dengan kejayaan.

Contoh : Jika kita hendak menggali perigi. Adakah kita tahu sedalam mana perlu kita gali untuk menemukan mata air? semestinya tidak bukan? Katakan kita perlu menggali sedalam 10 kaki. Jika kita berhenti menggali di kedalaman 7 atau 8 atau 9 kaki, pasti kita belum berjumpa dengan mata air tu bukan? Tetapi jika kita bersabar dan berusaha menggali lebih sedikit lagi, pasti kita akan berjaya. Begitu juga dalam kehidupan kita.

Sehingga berjumpa di posting yang akan datang. Daa..

Mr Husband

Sedikit Kata-Kata Hikmat


“Business opportunities are like buses, there’s always another one coming.”-Richard Branson(pengasas jenama "Virgin")
Maksudnya=Peluang perniagaan seperti menunggu bas,sentiasa ada bas lain yang datang


Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1.”-Warren Buffet
Maksudnya=Peraturan pertama:Jangan rugikan atau hilang duit anda Peraturan Kedua:Jangan sesekali lupakan peraturan pertama



“Obviously everyone wants to be successful, but I want to be looked back on as being very innovative, very trusted and ethical and ultimately making a big difference in the world.”-Sergey Brin(cofounder-Google)
Maksudnya=Secara jelasnya semua orang ingin berjaya,tetapi saya hendak dilihat sebagai seorang yang inovatif(membawa pembaharuan),begitu dipercayai,berakhlak dan seseorang yang membawa perubahan yang begitu besar dalam dunia ini

::semoga anda dapat manfaat daripada kata2 ini


Mrs Wife

Waktu Mula-Mula Berniaga


Hari ni satu hari suntuk berjalan di Stesen Bas Bukit Jalil. Cari customer baru yang boleh kami letakkan produk baru kami. Macam-macam kerenah perniaga dan pekerja kedai yang kami jumpa. Bila kami tunjuk sahaja produk kami, ada yang senyum, ada yang nak beli, ada juga yang pengsan. Hehe macam tengok hasil Abdul Wahib ukir muka Mem Aloyah Kuih Lapis.

* from movie 3 Abdul - P.Ramlee

Tapi produk kami tak la seperti hasil kerja si Abdul Wahib ni. Hanya makanan ringan. Kebanyakan kedai yang kami pergi dijaga oleh pekerja yang diimport khas dari Indonesia.

Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami. Berkat sokongan Mrs Wife dan Mr Little Hero, kami berjaya mempromosikan produk kami ke semua kedai walaupun ada yang reject. Ada beberapa kedai di sana yang sudi untuk mengambil produk kami secara cash. Maknanya, bertambahlah customer untuk kami hantar barang setiap minggu. Berikut adalah Formula yang saya gunakan :

Banyak Customer = Banyak Duit Masuk = Banyak Untung

Cuma, kebanyakan pekerja kedai dan peniaga di sana agak sombong. Di halaunya kita dengan nada dan muka yang sombong. Kita berniaga untuk memberi perkhidmatan, bukan meminta sedekah.

Teringat dulu masa mula-mula berniaga, waktu tu saya, adik dan rakan karib berniaga Hotdog RM 1.00. Semangat berkobar-kobar. Biasa la, darah muda. Setiap tengah hari, beli segala keperluan untuk membuat Hotdog. Lepas Asar, semua berkumpul dan memulakan prosess membikin Hotdog. Ada yang terpotong hujung jari, ada yang melecur tangan waktu merebus hotdog. Biasa la, budak-budak lelaki. Tak pernah masak. Itu lah padahnya bila mak suruh belajar masak, awak lari.

Apabila semuanya sudah siap dibungkus, dimasukkan ke dalam kotak, selepas Isya' kami memulakan perjalanan kami. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman, kami meluru masuk secara haram ke dalam Hostel Lelaki Utem. ( Pada waktu itu Utem dikenali sebagai Kutkm). Waktu tengah jual kat sorang brader ni, tak perasan Pak Guard kat sebelah. Sekali dia sergah dan halau, apa lagi, kita pun lari la lintang pukang sambil tangan kiri pegang kotak hotdog, tangan kanan pegang duit brader tadi. Tak sempat nak bagi hotdog dia. Sambil lari, saya jerit "Bang, abang punya hotdog esok je lah saya bagi!!!".

Ada juga hari di mana hotdog kami tidak berjaya dijual habis. Waktu tu masih berbaki lebih kurang 80. Terpaksalah saya, adik, dan kawan karib makan bersama-sama untuk mengelak pembaziran. X boleh nak guna untuk jual esok kerana ianya akan rosak. Mak kata, membazir tu amalan syaitan. Dengan mulut yang penuh, "Wan, aku dah rasa macam nak pengsan makan hotdog ni", kata saya. Tu semua gara-gara tak nak membazir.

Alhamdulillah, walaupun business kami hanya bertahan selama 2 bulan, tapi kami berjaya mengutip keuntungan yang agak lumayan. Yang penting kami seronok

Insya allah, next post saya akan ceritakan bagai mana dari business hotdog ini saya dan adik membuka perniagaan Burger.

Sekian.

Mr Husband

Ini Hari Pertama Saya


Hi semua,
Hari ni hari pertama membuat penulisan di blog. Sebelum ni hanya menggunakan blog sebagai tempat untuk berniaga je. Tak pernah pulak terfikir nak menulis. Ini idea dari Mrs Wife saya. So, credit to her jugak la. And also untuk my baby boy, Mr Little Hero.

Jikalau ada apa-apa kekurangan, sila comment supaya dapat saya perbaiki lagi penulisan ini.

Terima Kasih

Mr Husband