Followers

Waktu Mula-Mula Berniaga


Hari ni satu hari suntuk berjalan di Stesen Bas Bukit Jalil. Cari customer baru yang boleh kami letakkan produk baru kami. Macam-macam kerenah perniaga dan pekerja kedai yang kami jumpa. Bila kami tunjuk sahaja produk kami, ada yang senyum, ada yang nak beli, ada juga yang pengsan. Hehe macam tengok hasil Abdul Wahib ukir muka Mem Aloyah Kuih Lapis.

* from movie 3 Abdul - P.Ramlee

Tapi produk kami tak la seperti hasil kerja si Abdul Wahib ni. Hanya makanan ringan. Kebanyakan kedai yang kami pergi dijaga oleh pekerja yang diimport khas dari Indonesia.

Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami. Berkat sokongan Mrs Wife dan Mr Little Hero, kami berjaya mempromosikan produk kami ke semua kedai walaupun ada yang reject. Ada beberapa kedai di sana yang sudi untuk mengambil produk kami secara cash. Maknanya, bertambahlah customer untuk kami hantar barang setiap minggu. Berikut adalah Formula yang saya gunakan :

Banyak Customer = Banyak Duit Masuk = Banyak Untung

Cuma, kebanyakan pekerja kedai dan peniaga di sana agak sombong. Di halaunya kita dengan nada dan muka yang sombong. Kita berniaga untuk memberi perkhidmatan, bukan meminta sedekah.

Teringat dulu masa mula-mula berniaga, waktu tu saya, adik dan rakan karib berniaga Hotdog RM 1.00. Semangat berkobar-kobar. Biasa la, darah muda. Setiap tengah hari, beli segala keperluan untuk membuat Hotdog. Lepas Asar, semua berkumpul dan memulakan prosess membikin Hotdog. Ada yang terpotong hujung jari, ada yang melecur tangan waktu merebus hotdog. Biasa la, budak-budak lelaki. Tak pernah masak. Itu lah padahnya bila mak suruh belajar masak, awak lari.

Apabila semuanya sudah siap dibungkus, dimasukkan ke dalam kotak, selepas Isya' kami memulakan perjalanan kami. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman, kami meluru masuk secara haram ke dalam Hostel Lelaki Utem. ( Pada waktu itu Utem dikenali sebagai Kutkm). Waktu tengah jual kat sorang brader ni, tak perasan Pak Guard kat sebelah. Sekali dia sergah dan halau, apa lagi, kita pun lari la lintang pukang sambil tangan kiri pegang kotak hotdog, tangan kanan pegang duit brader tadi. Tak sempat nak bagi hotdog dia. Sambil lari, saya jerit "Bang, abang punya hotdog esok je lah saya bagi!!!".

Ada juga hari di mana hotdog kami tidak berjaya dijual habis. Waktu tu masih berbaki lebih kurang 80. Terpaksalah saya, adik, dan kawan karib makan bersama-sama untuk mengelak pembaziran. X boleh nak guna untuk jual esok kerana ianya akan rosak. Mak kata, membazir tu amalan syaitan. Dengan mulut yang penuh, "Wan, aku dah rasa macam nak pengsan makan hotdog ni", kata saya. Tu semua gara-gara tak nak membazir.

Alhamdulillah, walaupun business kami hanya bertahan selama 2 bulan, tapi kami berjaya mengutip keuntungan yang agak lumayan. Yang penting kami seronok

Insya allah, next post saya akan ceritakan bagai mana dari business hotdog ini saya dan adik membuka perniagaan Burger.

Sekian.

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment