Followers

Jalan-jalan Port Dickson


hi semua,

kami baru sampai ke kampung halaman Mr Husband di Melaka. Sebelum sampai sini tadi, saya, Mrs Wife dan Mr Little Hero singgah ke Port Dickson. Jalan-jalan cari duit. Alang-alang lalu kan. Alhamdulillah, kami berjaya menjual 1 1/2 daripada 8 kotak produk yang kami bawa.

Hepi rasanya hari ni. Tapi macam biasa la, mesti ada kita jumpa orang yang menyakitkan hati. Tapi kita anggap semua tu dugaan ketika berniaga.

Kisahnya begini, ada sebuah kedai yang kami masuk sebelum balik tadi untuk promote produk kami ni. Dekat kaunter ada seorang pakcik yang umurnya dalam lingkungan 50-an. Mula-mula dia sambut kita dengan baik. Mungkin dia ingatkan kita ni nak beli barang kat kedai dia. Lepas kita introducekan diri, terus air muka dia berubah. As usual, air muka yang melihat kita macam kita ni nak minta sedekah.

Selepas memperkenalkan produk kami, dia dengan nada yang agak sombong meng'komen' macam-macam tentang kami dan produk kami. Ada yang boleh diterima pakai dan ada yang agak menjatuhkan maruah kami dan menghina.

Dia memuji-muji orang cina yang ada kat dalam kedai dia waktu tu. Rupa-rupanya orang cina tu adalah supplier barang di dalam kedai dia. Dia mengatakan bahawa orang melayu ni kalau meniaga tak pandai nak service customer. Tak bertanggungjawab dan macam-macam lagi la. Gaya bercakap macam dia tu bukan orang melayu yang berniaga.

Bagi saya, kita sebagai orang melayu, yang sama bangsa dan agama, seharusnya menegur orang melayu yang lain sekiranya kita lihat mereka melakukan kesalahan atau kita tidak berpuas hati dengan service yang diberikan. Bukan terus-menerus mengutuk. Beginilah sikap segelintir peniaga-peniaga melayu yang lebih mengagungkan bangsa lain daripada membantu atau menegur bangsa sendiri. Macam mana bangsa kita nak maju?

Seronok juga bila melakukan outdoor marketing & sales ni. Pelbagai ragam orang kita boleh lihat. Itu belum lagi yang reject kita. Tapi kita hendaklah sentiasa ingat. Ibarat katai rakan-rakan yang menjalankan business MLM @ Networking Business "IF THEY SAY NO, JUST SAY NEXT." Jangan putus asa.

Dalam hidup kita, kita akan melalui macam-macan penolakan @ rejection. Tetapi setiap rejection itu kan membawa kita semakin hampir dengan kejayaan.

Contoh : Jika kita hendak menggali perigi. Adakah kita tahu sedalam mana perlu kita gali untuk menemukan mata air? semestinya tidak bukan? Katakan kita perlu menggali sedalam 10 kaki. Jika kita berhenti menggali di kedalaman 7 atau 8 atau 9 kaki, pasti kita belum berjumpa dengan mata air tu bukan? Tetapi jika kita bersabar dan berusaha menggali lebih sedikit lagi, pasti kita akan berjaya. Begitu juga dalam kehidupan kita.

Sehingga berjumpa di posting yang akan datang. Daa..

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment