Followers

Tips Hidup Aman Damai


Assalamualaikum wbt.

Nak tak kita jadi jutawan? Siapa yang tak nak jadi jutawan? Apa yang kita lakukan untuk menjadi jutawan? Pernah tak kita terfikir, sampai bila kita nak hidup dan duduk dalam keadaan sekarang? 

Mungkin ada di kalangan kita yang dah selesa dengan kehidupan yang kita ada sekarang ni. Tapi selesa je tak cukup. Tanyakan lagi pada diri kita. Berapa banyak orang dah kita bantu dengan kedudukan atau keadaan kita sekarang ni? Kerana manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberikan kebaikan kepada manusia lain. Adakah kita golongan yang memberi, atau kita golongan kedekut yang asyik nak menerima tapi tak nak memberi? tanyakan balik pada diri kita.

Bila ada kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita nak majukan diri. Berapa ramai dikalangan kita yang akan support mereka? Adakah kita golongan yang memberikan semangat atau yang menakut-nakutkan mereka dengan kegagalan? 

Kerana bila ada orang yang cuba keluar dari lingkugan 'selesa' dalam hidup mereka demi mencari keselesaan hidup yang lebih baik dari yang mereka ada sekarang ni, pasti ada dikalangan ahli keluarga yang tidak menyokong. Sila baca kisah Ketam Melayu & Ketam Cina untuk lebih faham.


Untuk menjadi jutawan. Perkara paling asas sekali adalah The Power Of Mind. Sentiasa berfikiran Positif. Dan Bersangka Baiklah Dengan Allah. Kerana setiap kebaikan dan keburukan yang berlaku ke atas kita, yakinlah bahawa Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengatur Lagi Maha Mengetahui.

Pedulikan cakap-cakap negatif yang org katakan kepada kita seperti Kau Tak Boleh, Mesti Rugi, dan macam macam lagi. Itu semua lalat-lalat yang menganggu. Yang penting kita fokus dengan apa yang kita nak capai, yang lain pedulikan. Tapi jangan sampai lupakan ALLAH pulak. Solat jangan tinggal. ibadah-ibadah lain pun jangan diabaikan.

Dan jangan lupa Senyum. Kalau kita tak tau nak senyum tu macam mana, bak kata Dr Azizan Osman, sebut TIGA !!! 

Amalkan tips-tips ini, pasti hidup anda kana berubah menjadi luar biasa. Semoga Anda & Saya Kaya Dan Berjaya.

Mr Husband

Kenapa Hujung Bulan Selalu Sengkek?


Assalamualaikum wbt.
Apa kabar semua? wah.. dah lama betul Mr. Husband tak tengok blog ni. dah banyak lalang dan sawang dkt sini. berhabuk. Bukan ular lipas je ada.. gajah pun dah siap membiak kat sini. huhu.. lama betul tak share kat blok ni. Insya Allah Mr Husband akan berusaha untuk bagi komitment yang terbaik untuk share perkara yang best-best je kat sini.

Mungkin semua dah lupa pasal blog ni. Tapi tak pe, Mr Husband akan cuba aktif kembali. Hari ni Mr Husband just nak share simple things je dulu sebagai refreshment iaitu tentang :

Kenapa Rezeki Kita Selalu Tak Cukup? Hujung Bulan Je 'Sengkek'

                                                   
Ramai orang beranggapan bahawa untuk dapat keberkatan rezeki, kena cari rezeki yang halal. Betul? Tapi macam mana yang dimaksudkan dengan rezeki yang halal? adakah kita pergi kerja, buat kerja, tak makan rasuah itu dikira sebagai halal? Ya. Memang betul. Tetapi ada perkara yang selalu kita terlepas pandang. CURI TULANG.


Awas ye kawan-kawan. Curi tulang ni bahaya penyakit ni. Sebagai contoh. Ini situasi yang sering berlaku dan yang sering Mr Husband perhatikan. Berikut adalah aturcara rutin staff / kakitangan kerajaan dan swasta.

8.30am : punch card
8.45am : breakfast dulu
9.30am : masuk office,
              on PC,
              selak-selak fail,
              dan macam-macam lagi la.. kerja baru nak gerak.
10.30am : rehat pagi (macam sekolah la plak kan?)
11.00am : masuk office balik
                sambung buat kerja
                tak sengaja terlepak tempat kawan (gossip la tu)
12.15pm : rehat tengah hari (bukan waktu lunch pukul 1-2 ke?)
2.30 pm : masuk office balik (bukan waktu lunch 1-2 ke?)
2.45pm : solat zohor (tadi time rehat tak sempat nak solat)
3.00pm : sambung buat keje
4.00pm : high-tea (banyak buat keje kan? lapar)
4.30pm : sambung buat keje.
5.15pm : balik (bukan balik pukul 5.30 ke?)

P/s : Mr Husband bukan cerita pasal orang kat Malaysia. Orang-orang kat Malaysia ni semua 'commited'. Yang dekat Nepal barat tu... hehehe


Cuba kita lihat contoh di atas. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti atau hampir-hampir seperti di atas? Kalau macam tu, kita sendiri boleh nampak kenapa setiap bulan kita rasa gaji kita tidak cukup.

Setiap masa yang kita curi tu, adalah masa yang kita bayar. Setiap minit yang dibayar hasil dari ketidakjujuran kita menyebabkan rezeki kita selalu tersangkut. 


So sama-samalah kita fikirkan ya. Sekadar perkongsian. Tidak ditujukan kepada sesiapa cuma sekadar renungan kita sebagai pekerja yang dibayar masa kita untuk bekerja, maka bekerjalah kita dengan jujur dan amanah.
'
Semoga Allah memberkati hidup kalian semua. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang.

Mr Husband