Followers

Tips Hidup Aman Damai


Assalamualaikum wbt.

Nak tak kita jadi jutawan? Siapa yang tak nak jadi jutawan? Apa yang kita lakukan untuk menjadi jutawan? Pernah tak kita terfikir, sampai bila kita nak hidup dan duduk dalam keadaan sekarang? 

Mungkin ada di kalangan kita yang dah selesa dengan kehidupan yang kita ada sekarang ni. Tapi selesa je tak cukup. Tanyakan lagi pada diri kita. Berapa banyak orang dah kita bantu dengan kedudukan atau keadaan kita sekarang ni? Kerana manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberikan kebaikan kepada manusia lain. Adakah kita golongan yang memberi, atau kita golongan kedekut yang asyik nak menerima tapi tak nak memberi? tanyakan balik pada diri kita.

Bila ada kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita nak majukan diri. Berapa ramai dikalangan kita yang akan support mereka? Adakah kita golongan yang memberikan semangat atau yang menakut-nakutkan mereka dengan kegagalan? 

Kerana bila ada orang yang cuba keluar dari lingkugan 'selesa' dalam hidup mereka demi mencari keselesaan hidup yang lebih baik dari yang mereka ada sekarang ni, pasti ada dikalangan ahli keluarga yang tidak menyokong. Sila baca kisah Ketam Melayu & Ketam Cina untuk lebih faham.


Untuk menjadi jutawan. Perkara paling asas sekali adalah The Power Of Mind. Sentiasa berfikiran Positif. Dan Bersangka Baiklah Dengan Allah. Kerana setiap kebaikan dan keburukan yang berlaku ke atas kita, yakinlah bahawa Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengatur Lagi Maha Mengetahui.

Pedulikan cakap-cakap negatif yang org katakan kepada kita seperti Kau Tak Boleh, Mesti Rugi, dan macam macam lagi. Itu semua lalat-lalat yang menganggu. Yang penting kita fokus dengan apa yang kita nak capai, yang lain pedulikan. Tapi jangan sampai lupakan ALLAH pulak. Solat jangan tinggal. ibadah-ibadah lain pun jangan diabaikan.

Dan jangan lupa Senyum. Kalau kita tak tau nak senyum tu macam mana, bak kata Dr Azizan Osman, sebut TIGA !!! 

Amalkan tips-tips ini, pasti hidup anda kana berubah menjadi luar biasa. Semoga Anda & Saya Kaya Dan Berjaya.

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment