Followers

Cara Menggandakan Wang Anda



Baru-baru ni waktu Mr Husband berjalan-jalan ni Google, Mr Husband terjumpa quotes ni :

"The safest way to double your money is to fold it over and put it in your pocket." - Kin Hubbard

Memang setuju sangat dengan cadangan Kin Hubbard ni. Cara yang terbaik untuk menggandakan wang anda adalah dengan melipatnya dan simpan di dalam poket. Bukan bermakna duit yang sekeping tu kita lipat, nampak macam 2. Maksudnya, kawal nafsu kita dari menggunakan duit yang ada kepada perkara-perkara yang tidak penting. Kan lebih baik disimpannya di dalam tabung atau bank? Berguna untuk masa yang akan datang.

Sebenarnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 TABUNGAN.
  1. Tabungan Untuk Simpanan
  2. Tabungan Untuk Rumah
  3. Tabungan Untuk Kereta
  4. Tabungan Untuk Hobi / Berjalan
  5. Tabungan Untuk Anak
  6. Tabungan Untuk Kecemasan
  7. Tabungan Untuk Pergi Haji

Orang ada yang bercakap. "Alamak, banyaknya tabung, mana cukup duit untuk simpan kat semua ni."
Tabungan yang dibuat berdasarkan tahap ekonomi individu tersebut. Tetapi memerlukan kita untuk berdisiplin dan konsisten dalam melakukan tabungan. Andaikata kita boleh menyimpan RM 50.00 setiap bulan untuk setiap tabung, hujung tahun kita akan ada RM 600.00 untuk setiap tabung!!!

Jumlah keseluruhan simpanan adalah RM 4,200.00 !!!!

Ianya hanya memerlukan anda untuk memotong gaji sebanyak RM 350.00 setiap bulan. Mungkin anda boleh menyimpan lebih ataupun kurang.

Kepada yang ingin menabung tetapi tidak cukup duit. Cadangan Mr Husband, cuba lihat balik perbelanjaan anda setiap bulan. Bagaimana anda membahagikan gaji anda dan jika ada tabiat bershopping ataupun perkara-perkara yang kurang mendatangkan faedah, bolehlah dikurang-kurangkan ataupun ditinggalkan terus.

Selain itu, kita juga boleh melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan side income. Contohnya menjual tudung. Kan senang je. Beli je tudung kat Jalan TAR secara borong, jual kepada officemate yang pakai tudung. Carilah trend-trend yang terbaru yang diminati.

Kebanyakan orang Melayu kita ni lebih suka membeli dari menjual. Mereka malu untuk menjual. Kena ingat, jika kita berniaga, kita memberi perkhidmatan dan menjual produk. Bukan minta sedekah. So, buat apa nak malu. Jangan malu tak bertempat.

Kita harus belajar untuk menyimpan. Ini kerana kita masih lagi muda. Jangan boros berbelanja dan ikutkan nafsu. Kelak, kita juga yang akan menyesal.

Selamat Menabung

Mr Husband

Apakah Impian Anda?


Assalamualaikum wbt.
Hi semua,
Apa kabar? Mr.Husband doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Satu soalan Cepu Emas. 

APAKAH IMPIAN ANDA?

Mungkin ramai pernah tanyakan soalan ni pada kita. Dan mungkin kita pernah tanyakan soalan ni pada diri kita sendiri. Tapi, pernah tak kita tanyakan pada diri kita soalan ini tiap-tiap hari? Dan bila kita tanyakan kepada diri kita soalan ini, tanyakan lagi satu soalan pada diri kita. 

APAKAH IMPIAN ANDA SEBELUM INI DAH TERCAPAI?

10 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. 5 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. Apa yang kita lakukan untuk mencapai impian itu? Berjayakah kita capai impian itu? atau impian tu jadi harapan je. Kat sini Mr.Husband nak share sket tips yang mungkin berguna. Bukan confirm berjaya ye. Tapi kalau follow, In Shaa Allah berjaya.

Tips Ringkas Bagi Mencapai Impian:-
1. Mesti ada Impian/Matlamat. Set satu impian/matlamat yang mampu dicapai. (jangan la pulak letak impian nak jadi Superman ke Spiderman ke. memang confirm la tak capai-capai)

2. Rancang perjalanan/cara untuk mencapai Impian tersebut (nak buat semua benda kena ada planning. If you fail to plan, you're planning to fail)

3. Fokus dan lakukan secara konsisten (apa sahaja perkara yang dilakukan separuh jalan, maka result dia separuh jalan jugak la)

4. Doa & Tawakkal. Sebagai umat Islam, kita wajib beriman dengan ketentuan Allah dan berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah tempat kita bergantung harap dan memohon pertolongan serta perlindungan.

Itu sahaja tipsnya. ringkas kan? mudah je. Mulakan dengan impian yang paling mudah untuk dicapai. Kemudian kepada yang makin sukar. Bila kita mengecapi kejayaan demi kejayaan, pastinya minda kita akan inginkan lagi kejayaan dan ini akan menambahkan lagi keyakinan dan kesun gguhan kita untuk berjaya.

Bila kita menemui kegagalan, jangan putus asa. Terus kan lagi hingga berjaya. Jika kita sudah mencuba, tapi gagal, sentiasa katakan kepada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". kemudian, cuba lagi. Kalau gagal lagi, katakan pada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". In Shaa Allah, kita akan menemui kejayaan dalam usaha kita.

Ok, Sampai sini sahaja. dalam post yang akan datang, Mr.Husband akan post tentang 2 orang businessman angkut air.

Sekian, Assalamualaikum wbt
Mr.Husband

Panggilan Telefon Yang Mengejutkan


Assalamualaikum wbt.

Apa kabar pembaca semua? Harap semuanya sihat. Sekali lagi maaf kerana dah lama sangat tak update story. Bukan apa, sangat-sangat sibuk menguruskan business yang ada hingga tak sempat nak tengok computer pun. (dah macam ambulance) ^_^

Ok, hari ni just nak share 1 story yang pada Mr.Husband sangat menarik dan membuatkan saya terharu.

Semalam Mrs.Wife call. Dia bagi tau yang dia menerima satu panggilan telefon dari salah seorang pembaca blog ni. Pemanggil tu bagi tau yang dia salah seorang pembaca blog ini dan beliau rasakan bahawa content dalam blog ini sangat-sangat menarik hinggakan disuruhnya anak-anak beliau turut membaca bagi mendapatkan ilmu.

Alhamdulillah, Mr.Husband rasa sangat terharu. Dapat juga  Saham Akhirat. Macam yang Rasulullah SAW bersabda dlm satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,"Apabila mati anak adam itu, terputus segala amalannya kecuali 3 perkara. Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat, dan Anak Soleh yang mendoakan kedua Ibu Bapanya".


Sekali lagi Mr.Husband ucapkan jutaan terima kasih kepada pemanggil misteri itu atas panggilan dan komen yang diberikan. Teruskan membaca. In Shaa Allah, Mr.Husband akan update selalu info atau apa-apa yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan anda semua.


Sekian, terima kasih
Mr.Husband