Followers

Cara Menggandakan Wang Anda



Baru-baru ni waktu Mr Husband berjalan-jalan ni Google, Mr Husband terjumpa quotes ni :

"The safest way to double your money is to fold it over and put it in your pocket." - Kin Hubbard

Memang setuju sangat dengan cadangan Kin Hubbard ni. Cara yang terbaik untuk menggandakan wang anda adalah dengan melipatnya dan simpan di dalam poket. Bukan bermakna duit yang sekeping tu kita lipat, nampak macam 2. Maksudnya, kawal nafsu kita dari menggunakan duit yang ada kepada perkara-perkara yang tidak penting. Kan lebih baik disimpannya di dalam tabung atau bank? Berguna untuk masa yang akan datang.

Sebenarnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 TABUNGAN.
  1. Tabungan Untuk Simpanan
  2. Tabungan Untuk Rumah
  3. Tabungan Untuk Kereta
  4. Tabungan Untuk Hobi / Berjalan
  5. Tabungan Untuk Anak
  6. Tabungan Untuk Kecemasan
  7. Tabungan Untuk Pergi Haji

Orang ada yang bercakap. "Alamak, banyaknya tabung, mana cukup duit untuk simpan kat semua ni."
Tabungan yang dibuat berdasarkan tahap ekonomi individu tersebut. Tetapi memerlukan kita untuk berdisiplin dan konsisten dalam melakukan tabungan. Andaikata kita boleh menyimpan RM 50.00 setiap bulan untuk setiap tabung, hujung tahun kita akan ada RM 600.00 untuk setiap tabung!!!

Jumlah keseluruhan simpanan adalah RM 4,200.00 !!!!

Ianya hanya memerlukan anda untuk memotong gaji sebanyak RM 350.00 setiap bulan. Mungkin anda boleh menyimpan lebih ataupun kurang.

Kepada yang ingin menabung tetapi tidak cukup duit. Cadangan Mr Husband, cuba lihat balik perbelanjaan anda setiap bulan. Bagaimana anda membahagikan gaji anda dan jika ada tabiat bershopping ataupun perkara-perkara yang kurang mendatangkan faedah, bolehlah dikurang-kurangkan ataupun ditinggalkan terus.

Selain itu, kita juga boleh melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan side income. Contohnya menjual tudung. Kan senang je. Beli je tudung kat Jalan TAR secara borong, jual kepada officemate yang pakai tudung. Carilah trend-trend yang terbaru yang diminati.

Kebanyakan orang Melayu kita ni lebih suka membeli dari menjual. Mereka malu untuk menjual. Kena ingat, jika kita berniaga, kita memberi perkhidmatan dan menjual produk. Bukan minta sedekah. So, buat apa nak malu. Jangan malu tak bertempat.

Kita harus belajar untuk menyimpan. Ini kerana kita masih lagi muda. Jangan boros berbelanja dan ikutkan nafsu. Kelak, kita juga yang akan menyesal.

Selamat Menabung

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment