Followers

Apakah Impian Anda?


Assalamualaikum wbt.
Hi semua,
Apa kabar? Mr.Husband doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Satu soalan Cepu Emas. 

APAKAH IMPIAN ANDA?

Mungkin ramai pernah tanyakan soalan ni pada kita. Dan mungkin kita pernah tanyakan soalan ni pada diri kita sendiri. Tapi, pernah tak kita tanyakan pada diri kita soalan ini tiap-tiap hari? Dan bila kita tanyakan kepada diri kita soalan ini, tanyakan lagi satu soalan pada diri kita. 

APAKAH IMPIAN ANDA SEBELUM INI DAH TERCAPAI?

10 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. 5 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. Apa yang kita lakukan untuk mencapai impian itu? Berjayakah kita capai impian itu? atau impian tu jadi harapan je. Kat sini Mr.Husband nak share sket tips yang mungkin berguna. Bukan confirm berjaya ye. Tapi kalau follow, In Shaa Allah berjaya.

Tips Ringkas Bagi Mencapai Impian:-
1. Mesti ada Impian/Matlamat. Set satu impian/matlamat yang mampu dicapai. (jangan la pulak letak impian nak jadi Superman ke Spiderman ke. memang confirm la tak capai-capai)

2. Rancang perjalanan/cara untuk mencapai Impian tersebut (nak buat semua benda kena ada planning. If you fail to plan, you're planning to fail)

3. Fokus dan lakukan secara konsisten (apa sahaja perkara yang dilakukan separuh jalan, maka result dia separuh jalan jugak la)

4. Doa & Tawakkal. Sebagai umat Islam, kita wajib beriman dengan ketentuan Allah dan berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah tempat kita bergantung harap dan memohon pertolongan serta perlindungan.

Itu sahaja tipsnya. ringkas kan? mudah je. Mulakan dengan impian yang paling mudah untuk dicapai. Kemudian kepada yang makin sukar. Bila kita mengecapi kejayaan demi kejayaan, pastinya minda kita akan inginkan lagi kejayaan dan ini akan menambahkan lagi keyakinan dan kesun gguhan kita untuk berjaya.

Bila kita menemui kegagalan, jangan putus asa. Terus kan lagi hingga berjaya. Jika kita sudah mencuba, tapi gagal, sentiasa katakan kepada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". kemudian, cuba lagi. Kalau gagal lagi, katakan pada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". In Shaa Allah, kita akan menemui kejayaan dalam usaha kita.

Ok, Sampai sini sahaja. dalam post yang akan datang, Mr.Husband akan post tentang 2 orang businessman angkut air.

Sekian, Assalamualaikum wbt
Mr.Husband

1 comments:

MOHD DALIMI said...

Nice sharing, thanx :)

Post a Comment