Followers

First Rumah Sewa


Teringat masa awal-awal kahwin dulu. Masa tu Mr Husband & Mrs Wife menyewa di sebuah rumah kedai. Cadangnya nak buka kedai dan jadikan office kerana dalam rumah kedai tu ada 6 bilik. Seronok kami bila first time masuk rumah itu.


Tetapi apa yang kami rancangkan tak menjadi. Kedai yang dibuka tidak berapa menjadi kerana lokasi kurang strategik. Runsing kepala kami memikirkan cara agar kami boleh dapat keuntungan dari rumah kedai itu. Sewanya sebulan sudah RM 500. Pada masa itu kehidupan kami agak sukar.Dengan pendapatan hanya RM 800.00 sebulan, sewa RM 500.00 sebulan adalah amat mahal bagi kami pada waktu itu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Kemudian kami mendapat satu idea. "Bilik dalam rumah kita ni banyak kan? Apa kata kita sewakan sahaja bilik-bilik ni kepada orang? Kita hanya perlukan satu bilik untuk digunakan." Kata Mrs Wife.


Bermula dari hari itu, kami pun mula membuat iklan. Alhamdulillah, usaha kami berhasil. Memang agak sukar untuk mendapatkan penyewa wanita untuk menyewa rumah kedai. Al-maklumlah, rumah kedai kami tu dekat dengan kawasan MMU Melaka. Bagi student-student perempuan ni, menyewa rumah kedai tak berapa 'style'.

Hingga ke hari ini, kami telah berjaya memenuhkan 5 bilik daripada 6 bilik yang berada di dalam rumah kedai tersebut. Kami sekarang sudah menetap di Kuala Lumpur, tetapi rumah kedai tersebut masih memberikan keuntungan kepada kami. Berikut adalah kira-kira kasar untuk tatapan semua :

Modal Setiap Bulan : RM 500.00
Kutipan Sewa : RM 900.00

Untung Setiap Bulan : RM 400.00

Mungkin bagi sesetengah orang, RM 400.00 tiada apa nilainya. Sekejap je boleh habis. Betul tak? Tapi kalau kita pandai untuk menggunakannya, ianya akan membuahkan hasil.

RM 400.00 yang kami dapat ini adalah diperolehi setiap bulan secara tetap selepas ditolak RM 500.00 untuk dibayar kepada tuan tanah kedaun. Hanya tinggal satu lagi kekosongan di dalam rumah tersebut. Harga untuk bilik itu ialah RM 250.00 sebulan. Harganya tinggi kerana itu adalah bilik yang paling besar dalam rumah tersebut. Jika semua bilik di rumah itu berjaya disewakan, kami boleh mendapat keuntungan bersih RM 650.00 sebulan.

Best kan? Itu adalah satu lagi asset kami yang berjaya kami kumpul. Walaupun rumah itu adalah liabiliti pada mulanya kerana kami terpaksa membayarnya setiap bulan. Tetapi apabila kami mendapat kebenaran dari tuan tanah kedaun untuk menyewakannya, kami berjaya menukarnya dari LIABILITY kepada ASSET.

Kepada sesiapa diluar sana yang berminat, anda boleh gunakan cara ini untuk mendapatkan keuntungan jika anda mengalami masalah seperti kami.

Selamat mencuba.

Mr Husband

0 comments:

Post a Comment