Followers

Dimanakah Anda?



*sumber dari buku Rich Dad Poor Dad : Cashflow Quadrant

Dimanakah antara 4 golongan ini anda berada?

Pastinya setiap orang impikan untuk 'duduk goyang kaki dan tunggu duit masuk' betul kan? Tetapi, apa yang kita lakukan? Adakah usaha kita masih sama atau lebih lagi?

Kebanyakan antara kita masih terperangkap dalam 'zon selesa' kehidupan mereka dan tidak ingin atau tidak berjaya untuk keluar. Setiap hari pergi kerja, lakukan kerja yang sama, dapat gaji hujung bulan, habis bayar hutang dan tak cukup untuk menimpan. Jika ada pun mungkin sedikit. Merungut kerana gaji tak cukup. Betul tak? Dan kita lakukan perkara yang sama setiap bulan dan hadapi masalah yang sama. Itu maknanya kita terperangkap dalam 'Rat Race'.

Biasa lihat tikus berlari dekat atas roda dalam sangkarnya? Macam tu juga kita. Berlari di tempat yang sama. Berhenti di tempat yang sama. Mungkin kita pernah cuba untuk menambah income kita setiap bulan tetapi tidak berjaya.

Mr Husband bercakap melalui pengalaman Mr Husband dan Mrs Wife. Walaupun kami masih muda dan pengalaman tidak cukup banyak, diharap membantu anda di luar sana untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Kami bermula kerjaya kami sebagai golongan S = Self Employee. (Kerja Mr Husband dulu sebagai Bell Boy tu keje main-main je). Alhamdulillah, selepas 2 tahun, kami mempunyai beberapa business yang mana menempatkan kami di golongan S dan B = Business Owner. Sekarang, Kami mula berjinak-jinak untuk melangkah ke golongan I = Investor. Di situ lah impian kami di mana jika kami berada di dalam golongan I, impian satu juta kami yang pertama akan tercapai dengan lebih cepat lagi.

Kami meletakkan sasaran sejak tahun lepas lagi. paling lewat, 10 tahun akan datang dari 2009, ketika umur kami 36 tahun, kami akan miliki satu juta kami yang pertama. Seperti orang jawa selalu kata "THE FIRST IS THE HARDEST". Satu juta itu tidak bermakna dalam bentuk wang ringgit. Ianya juga berupa harta atau asset. Jika kita ada 10 buah rumah berharga seratus ribu, kita juga dikira sebagai jutawan. Betul tak?

Anda bagai mana? Apakah sasaran anda 10 tahun akan datang? Apa yang anda lakukan sekarang untuk sampai ke sasaran anda. Berikut Mr husband share sedikit beberapa quotes yang Mr Husband suka dan pegang :

"Shoot for the Moon. Even you missed it, you will land among the stars".

"It only takes one minute to change your life".

"If you fail to plan, you're planning to fail".

"Don't look where you fall, look where you slipped".


Mr husband

0 comments:

Post a Comment