Followers

After 3 Months


assalamualaikum wbt.


hi semua, rasanya dah hampir 3 bulan Mr. Husband tak bukak blog ni. Sorry. Al-maklumla, bizi yang memanjang. Alhamdulillah, rezeki yang diberikan Allah tu makin melimpah ruah.

Macam-macam perkara baru yang Mr. Husband belajar selama 3 bulan yang busy ni. Nanti Mr. Husband akan ceritakan kemudian. Apa yang nak diceritakan hari ni ialah apa yang Mr. Husband terbaca semalam. FINANCIAL LITERACY.

Pasti ramai di kalangan kita yang hari ini kerja untuk mendapatkan duit bagi menampung hidup bulanan mereka. Tapi berapa ramai di kalaingan kita yang mencari duit untuk menampung pelaburan mereka bagi menampung masa depan mereka.

Kebanyakan orang silap. Mereka anggap, kereta baru yang mereka beli, rumah yang mereka beli untuk diduduki adalah pelaburan mereka. Cuba kita fikirkan, bukankah pelaburan itu sesuatu yang membuahkan UNTUNG? Kereta yang kita pakai, adakah ianya mendatangkan side income bulanan atau tiap-tiap bulan kita yang nak kena tanggung kereta tu? Rumah yang kita duduk, adakah ianya mendatangkan side income bulanan atau tiap-tiap bulan kita kena bayar ansuran bulanan rumah tu, bil air, letrik, dan sebagainya?

Kalau kita yang kena menanggung semua itu, ianya bukan pelaburan ASSET, tapi LIABILITI(perkara yang memerlukan kita keluarkan duit kita untuk menanggung mereka).

Ramai orang berfikiran, "Kita beli dulu rumah untuk kita duduk, lepas tu baru la kita cari rumah untuk kita sewakan. Yang penting rumah sendiri dulu.". Bila kita dah beli rumah untuk kita duduk sendiri, kita akan terpengaruh dengan nafsu kita untuk menghias rumah, renovate rumah dan juga perkara-lain yang akam memerlukan kita untuk habiskan duit yang banyak, semata-mata untuk memuaskan nafsu dan keseronokan memiliki rumah sendiri. Kemudian, apabila selesai semua itu, kita akan terperangkap dalam hutang yang kita cipta sendiri yang mana akan memakan diri kita sendiri. Pada waktu itu, kita sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan. Tiap-tiap bulan kita akan mengeluh, "Menyesal aku duduk rumah ni, kalau aku tau mcm ni, dulu lagi aku dah sewakan". atau mungkin yang berfikiran seperti ini, "kalau aku tau mcm ni la susah nak bayar hutang, tak de la aku nak buat loan untuk renovate rumah".

Itu adalah kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang yang kerja makan gaji. Ini kerana mereka berasa selesa dengan kerja yang mereka ada. Tapi mereka lupa, mereka juga ada kemungkinan untuk dibuang kerja.

Investment ini ibarat kita menanam pokok. Apabila kita menanam benih, kita perlu jaganya, baja dan siram. Tapi apabila pokok itu sudah besar dan akarnya sudah panjang ke dalam tanah, ianya akan membuahkan hasil. Dan pada ketika itu, kita tidak lagi perlu untuk menjaganya, ia boleh tumbuh dan berbuah dengan sendirinya.

FINANCIAL LITERACY ialah ibarat tapak rumah yang ingin kita bina. Jika kita ingin membina sebuah rumah teres, kita hanya perlu memacak tiang sedalam 10 kaki sahaja. Tapi, apa akan jadi jika tiang yang dipacak sedalam 10kaki itu digunakan untuk membina KLCC? Pasti akan roboh bukan?

Tidak ada cara yang pantas untuk menjadi kaya. Yang penting, usaha yang gigih dan bijak serta perlu untuk kita mempelajari ilmu pengurusan kewangan.

Sekian.
MR. HUSBAND

0 comments:

Post a Comment