Followers

Didik Anak Pandai Buat Duit


hi semua, maaf jika dalam entry ini ada terkasar bahasa. Ini sekadar berkongsi.


mata ni dah mengantuk da. Tapi tulis la dulu entry. Esok bizi sikit. Nak kena ronda-ronda dengan Mrs Wife and Mr Little Hero. Ambil barang untuk update stock kat kedai.

Teringat dulu waktu kecik-kecik. Abah dan Mak selalu pesan, "Belaja rajin-rajin, dapatkan result yang bagus, nanti boleh dapat kerja yang bagus". Mesti kebanyakan dari anda semua dapat gak nasihat yang sama. Mr Husband rasa ni script yang memang wajib parents cakap kat anak-anak kot.

So, berbekalkan pesanan Abah dan Mak, Mr Husband pun pegi la skolah, belaja rajin-rajin. Sampai masuk kolej pastu sambung plak masuk universiti. Tup-tup abis belaja, tak dapat keje. Ades. Pening ni. Method belaja rajin-rajin tu dah betul da. Memang dapat result yang bagus. Walaupun tak dapat no 1 la kan. Tapi mana kerja yang bagus tu? Kepala ni dok konfius. Pikir punya pikir, dah masuk 6 bulan. Diploma and Ijazah pun dah naik lunyai dah asyik kena potostat je. Last-last dapat la keje kat sebuah hotel yang agak mewah gak kat KL ni. Jawatan pun agak best bunyinya. Kerjanya pun bukan la mudah. Kerja sebagai BELL BOY. Ingatkan keje jaga loceng ke ataupun service loceng. Rupenye keje angkat beg. Ini dah lari jauh ni dari Course yang Mr Husband belaja dulu ni.

Apa yang nak diceritakan di sini, script yang parents kita selalu cakap kat kita tu perlu di ubahsuai sikit. Supaya apa yang jadi pada kita tak jadi pada anak-anak kita pula. Ajar anak, "Belajar rajin-rajin, dapatkan ilmu yang banyak, nanti boleh bantu kamu untuk buat duit". Tetapi kita pun perlu lah melengkapkan diri kita dengan ilmu menguruskan kewangan. Bukan Mr Husband kata kerja dengan orang tu tak bagus. Tapi kan lebih bagus jika anak kita boleh menggunakan duit gaji yang dia dapat setiap bulan untuk buat duit lagi supaya dia bebas dari masalah kewangan?

teach children money lessons

Apa yang Mr Husband & Mrs Wife rancangkan untuk Mr Little Hero ialah, apabila Mr Little Hero sudah pandai untuk mengira, kami akan buat satu simple kiosk untuk Mr Little Hero di sudut kedai kami. Tujuan nya ialah untuk mendedahkan Mr Little Hero cara untuk membuat duit dan belajar menguruskan kewangan beliau.

Contoh : Jika Mr Little Hero inginkan permainan Gaban, kami tidak akan membelikan sebuah Gaban untuk dia. Sebaliknya, cari mana-mana kedai yang menjual mainan tersebut secara borong. Beli secara borong. Kemudian, berikan kepadanya sebuah Gaban. Baki? Katakan kepada Mr Little Hero," Anakku, kalau anakku ni nak kan permainan, pastikan permainan yang dibeli tak merugikan. Jika beli Gaban ni satu je, anakku tak kan dapat untung. Hanya dapat seronok main sahaja. Lagipun harganya mahal. Tapi jika beli banya-banyak, harganya lebih murah, anakku ambil satu, bakinya jual kepada kawan-kawan. Anakku boleh dapat main Gaban, kawan-kawan pun dapat main Gaban jugak. Kan lagi best macam tu. Dapat main sama-sama. On top of that, anakku boleh dapat untung duit lagi. Best tak?

"Duit yang anakku dapat, simpan. Lain kali kalau nak beli permainan lain, boleh guna duit tu. Buat perkara yang sama, jangan beli permainan yang merugikan, beli banyak-banyak, ambil satu sahaja, bakinya jual. Kalau tak perlu, boleh simpan dalam bank. Jangan lupa masukkan sedikit ke dalam tabung masjid atau surau. Itu tabung Anakku di akhirat kelak."

Begitulah salah satu cadangan kami untuk mendidik Mr Little Hero agar pandai buat duit dan menguruskan kewangannya.

Ada beza antara BUAT DUIT dan CARI DUIT.

Dalam sebuah buku yang Mr Husband pernah baca, Duit ini hanyalah Ilusi dan Emosi. Makin dicari, makin sukar untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat, sangat mudah untuk ianya terlepas dari genggaman kita. Itulah yang dimaknakan Duit itu hanyalah Ilusi. Apabila orang ada duit, hatinya gembira dan senang. Apabila tiada duit, hatinya sedih dan susah. Itulah yang dimaknakan Duit itu adalah Emosi.

Tetapi jika kita tahu cara untuk buat duit, Insya Allah, duit takkan lari dari kita. Jadikan 'Duit bekerja untuk kita. Bukan kita bekerja untuk duit. '

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mr Husband




1 comments:

su said...

saya stuju dgn n3 ni..

Post a Comment