Followers

Kasut Buatan Gombak



Iklan ni memang bagus. Tak kisah barangan yang kita pakai tu murah ataupun tidak, yang penting, kita yakin dengan diri kita sendiri. Bukan salah barang yang kita pakai, tapi salah diri kita jika perkara yang tak kita suka berlaku.


Kami hanyalah insan biasa yang cuba untuk mengumpul satu juta kami yang pertama. Kami tak malu berpakaian jenama biasa, memandu 'Estima Legend' kami. Yang penting, diri kita sendiri. Satu hari nanti, bila kita sudah berjaya bebas dari masalah kewangan kita, kita mampu untuk memakai apa sahaja yang kita ingin kan. Yang pasti, sekarang kita harus bersabar.

Disamping mencari kekayaan dunia, jangan lupakan Perintah Allah. Habluminallah, Habluminannas. (Buat baik pada Allah, Buat baik pada Manusia). Buat baik pada Allah dengan cara kita turuti perintahnya dan tinggalkan larangannya. Buat baik dengan manusia, Mr Husband rasa kita semua tahu bagaimana caranya kan?

Sedikit renungan dari Mr Husband untuk diri sendiri dan renungan rakan-rakan semua. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat hendaknya. Insya Allah

Mr Husband

Berbelanja Sambil Berjimat


Fuh, penat betul ari ni, jalan-jalan sambil ambik stock baru nak letak kat kedai. Tapi seronok dapat makan Mc'D and minum dekat San Francisco Coffee. Syok betul.


Dah lama dah tak makan Mc'D ni. Bukan apa, makan fast food ni selalu, tak baik untuk kesihatan. Tapi sekali makan, ha hambik, Mrs Wife makan 1 Set Big Mac medium. Mr Husband plak makan 1 Set Spicy Chicken Mc'deluxe Medium + 1 Set Mc'chicken Medium. Macam orang tak pernah makan la pulak. Bukan apa, dari pagi tak sempat nak makan, so sekali ambil, terus ambil BRANCH ( Breakfast + Lunch ).

Kalau nak ikutkan, makan dekat fast food ni, mahal. Tapi tak berapa kenyang sangat. Tu antara salah satu sebab lain kenapa kami jarang makan fast food ni. So, sejak Mc'D melancarkan Mac Value Lunch, kami hanya makan di Mc'D pada waktu lunch sahaja. Ini untuk menjimatkan duit. Kuantitinya dan kualiti masih sama, cuma harga lebih murah. Jika malam-malam ada terasa nak makan, so tunggu la sampai lunch time esok harinya, baru pegi beli. Kalau nak berjimat ni, kena la sekat nafsu sikit. Ala, lagi pun bukan perkara penting pun dapat makan Mc'D atau tak. Betul tak?

So, lepas Makan di Mc'D Mid Valley dan solat zohor, Kami pun bergerak untuk pulang ke kedai. On the way pulang, kami singgah pulak dekat San Francisco Coffee dekat Pantai Dalam. ( Dulu kedai ni dekat North Court Mid Valley tapi dah pindah ke sini ). Kedai ni kira sama la standard nya dengan Coffee Bean dan Starbuck. Tapi airnya paling best Mr Husband pernah rasa. Lebih sedap berbanding kedai-kedai mahal lain. Anda pun boleh cuba juga.

* extreme chocolate Buy 1 Free 1!!! syok habis

Kadang-kadang, nak juga rasa minuman orang-orang kaya ni. Tapi kena la pandai pilih tempat supanya ianya berbaloi dengan bayaran yang kita berikan. Nak tau kenapa Mr Husband pilih San Francisco Coffee? Yang pertama, dia ada promotion. Buy 1 Free 1. Untuk ice blended yang kita beli. Yang kedua, ianya lebih sedap berbanding kedai-kedai mahal lain. Ada 5 flavour :

  1. Mocha
  2. Coffee
  3. Extreme Chocolate
  4. Buzz
  5. Lagi satu Mr husband tak ingat. hehehe
Harganya selepas tax : RM 16.55. Berbaloi beli sebab walaupun lebih mahal dari teh tarik yang Mr Husband selalu minum kat kedai mamak depan tu. Tapi ianya lebih murah dari kedai-kedai yang sama taraf dengannya. Ini kerana, harga itu hanya boleh dapat 1 cawan je dekat Starbuck tapi kat sini boleh dapat 2. So dapatlah Mr husband and Mrs Wife and also Mr Little Hero merasa minum air orang-orang kaya ni. Tapi tak boleh la minum kerap. Membazir. Sekali-sekala tu boleh la.

Saya selalu lihat kawan-kawan yang lain hari-hari minum di kedai-kedai yang macam ni. Ianya amatlah membazir. Tak perlu la ikutkan sangat nafsu dan menjaga sangat lifestyle tu. Duit tu boleh dijimatkan. Beli air secawan tapi duduk 2-3 jam dekat kedai-kedai macam ni. Kononnya jika orang lain lihat, orang akan kata dia bergaya dan banyak duit. Apa guna nampak sahaja berduit tapi hakikatnya tak de apa-apa? Kan lebih baik orang tengok kita macam tak berduit tapi sebenarnya duit ada beribu ataupun berjuta. Lebih selamat. Zaman sekarang kan banyak perompak dan peragut. Pakai simple-simple sudah. Tak perlu untuk pakai jenama yang mahal-mahal. Tak perlu malu gunakan kasut cap 'Gombak'. (teringat iklan barangan buatan malaysia dulu-dulu) "saya pun pakai kasut cap Gombak", kata Varnida Imran dalam iklan tu.

So kepada anda di luar sana yang nak mencuba, boleh la pergi di San Francisco Coffee. Located at bangunan yang ada Carefour.

Selamat mencuba.

Mr husband

Didik Anak Pandai Buat Duit


hi semua, maaf jika dalam entry ini ada terkasar bahasa. Ini sekadar berkongsi.


mata ni dah mengantuk da. Tapi tulis la dulu entry. Esok bizi sikit. Nak kena ronda-ronda dengan Mrs Wife and Mr Little Hero. Ambil barang untuk update stock kat kedai.

Teringat dulu waktu kecik-kecik. Abah dan Mak selalu pesan, "Belaja rajin-rajin, dapatkan result yang bagus, nanti boleh dapat kerja yang bagus". Mesti kebanyakan dari anda semua dapat gak nasihat yang sama. Mr Husband rasa ni script yang memang wajib parents cakap kat anak-anak kot.

So, berbekalkan pesanan Abah dan Mak, Mr Husband pun pegi la skolah, belaja rajin-rajin. Sampai masuk kolej pastu sambung plak masuk universiti. Tup-tup abis belaja, tak dapat keje. Ades. Pening ni. Method belaja rajin-rajin tu dah betul da. Memang dapat result yang bagus. Walaupun tak dapat no 1 la kan. Tapi mana kerja yang bagus tu? Kepala ni dok konfius. Pikir punya pikir, dah masuk 6 bulan. Diploma and Ijazah pun dah naik lunyai dah asyik kena potostat je. Last-last dapat la keje kat sebuah hotel yang agak mewah gak kat KL ni. Jawatan pun agak best bunyinya. Kerjanya pun bukan la mudah. Kerja sebagai BELL BOY. Ingatkan keje jaga loceng ke ataupun service loceng. Rupenye keje angkat beg. Ini dah lari jauh ni dari Course yang Mr Husband belaja dulu ni.

Apa yang nak diceritakan di sini, script yang parents kita selalu cakap kat kita tu perlu di ubahsuai sikit. Supaya apa yang jadi pada kita tak jadi pada anak-anak kita pula. Ajar anak, "Belajar rajin-rajin, dapatkan ilmu yang banyak, nanti boleh bantu kamu untuk buat duit". Tetapi kita pun perlu lah melengkapkan diri kita dengan ilmu menguruskan kewangan. Bukan Mr Husband kata kerja dengan orang tu tak bagus. Tapi kan lebih bagus jika anak kita boleh menggunakan duit gaji yang dia dapat setiap bulan untuk buat duit lagi supaya dia bebas dari masalah kewangan?

teach children money lessons

Apa yang Mr Husband & Mrs Wife rancangkan untuk Mr Little Hero ialah, apabila Mr Little Hero sudah pandai untuk mengira, kami akan buat satu simple kiosk untuk Mr Little Hero di sudut kedai kami. Tujuan nya ialah untuk mendedahkan Mr Little Hero cara untuk membuat duit dan belajar menguruskan kewangan beliau.

Contoh : Jika Mr Little Hero inginkan permainan Gaban, kami tidak akan membelikan sebuah Gaban untuk dia. Sebaliknya, cari mana-mana kedai yang menjual mainan tersebut secara borong. Beli secara borong. Kemudian, berikan kepadanya sebuah Gaban. Baki? Katakan kepada Mr Little Hero," Anakku, kalau anakku ni nak kan permainan, pastikan permainan yang dibeli tak merugikan. Jika beli Gaban ni satu je, anakku tak kan dapat untung. Hanya dapat seronok main sahaja. Lagipun harganya mahal. Tapi jika beli banya-banyak, harganya lebih murah, anakku ambil satu, bakinya jual kepada kawan-kawan. Anakku boleh dapat main Gaban, kawan-kawan pun dapat main Gaban jugak. Kan lagi best macam tu. Dapat main sama-sama. On top of that, anakku boleh dapat untung duit lagi. Best tak?

"Duit yang anakku dapat, simpan. Lain kali kalau nak beli permainan lain, boleh guna duit tu. Buat perkara yang sama, jangan beli permainan yang merugikan, beli banyak-banyak, ambil satu sahaja, bakinya jual. Kalau tak perlu, boleh simpan dalam bank. Jangan lupa masukkan sedikit ke dalam tabung masjid atau surau. Itu tabung Anakku di akhirat kelak."

Begitulah salah satu cadangan kami untuk mendidik Mr Little Hero agar pandai buat duit dan menguruskan kewangannya.

Ada beza antara BUAT DUIT dan CARI DUIT.

Dalam sebuah buku yang Mr Husband pernah baca, Duit ini hanyalah Ilusi dan Emosi. Makin dicari, makin sukar untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat, sangat mudah untuk ianya terlepas dari genggaman kita. Itulah yang dimaknakan Duit itu hanyalah Ilusi. Apabila orang ada duit, hatinya gembira dan senang. Apabila tiada duit, hatinya sedih dan susah. Itulah yang dimaknakan Duit itu adalah Emosi.

Tetapi jika kita tahu cara untuk buat duit, Insya Allah, duit takkan lari dari kita. Jadikan 'Duit bekerja untuk kita. Bukan kita bekerja untuk duit. '

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mr Husband




Estima Legend


Tada... inilah "ESTIMA LEGEND" kami
*pandangan hadapan yang nampak 'mewah' dan 'bergaya'
* wiper 'berkualiti tinggi'. RM 10.00 sebatang. Beli dekat Mydin Melaka.

*pandangan sisi yang menampakkan cermin gelap VVIP. Tinted 80% at Anass Workshop.
* 'Sport Rims' yang nyata meleburkan hati peminat-peminat kereta


Ini lah 'Estima Legend' kami. Kenderaan rasmi kami. Selesa dan besar. Mr Husband pasti kereta anda lebih cantik dan menarik dari kami. Yang penting kereta kami PERCUMA.

Kalau nak jadi kaya, kena pandai simpan dan gunakan duit. Satu lagi, kena pandai cari benda yang free. Hihihi

Mr Husband

Selamatkan Income Bulanan Anda


Tengah sembang-sembang dengan Mrs Wife ni teringat nak share dengan semua tentang cara kami menyelamatkan income bulanan kami dengan cara yang mudah dan simple.


Seperti di dalam entry sebelum ni, kami berjaya menyewakan rumah kedai kami dan mendapat keuntungan Sebanyak RM 650.00 setiap bulan. Dengan RM 650.00, kalau ada kereta Persona or Waja or Myvi, dah boleh bayar kan? Dengan cara ini, boleh save duit gaji kita. Rasa seperti pakai kereta free. Betul tak? Gaji tak luak pun. Anda pun boleh fikirkan caranya.


Itu dulu ketika kami menggunakan kereta. Sekarang tidak lagi. Dah bagi adik ipar pakai. Sambung bayar sebab kami jarang menggunakan kereta. Yeay. Dapat kereta percuma. "Estima Legand". Duit untuk bayar kereta bulan-bulan ni kami dapat simpan. Sayang pulak nak pakai. So simpan lebih baik untuk kegunaan masa depan.

Setiap kali kami inginkan sesuatu, kami akan fikirkan cara untuk mendapatkan duit bagi menampung keinginan kami. Jika tidak, batalkan sahaja hasrat itu. Contoh, jika ingin beli kereta yang perlu bayar bulan-bulan RM 700.00, perlu cari income lain yang boleh mendatangkan sekurang-kurangnya RM 700.00 agar dapat menampung bayaran bulanan tanpa menganggu income tetap bulanan kami.

Anda bagai mana? Mesti setiap kali dapat gaji, habis bayar hutang dan maintenance hidup. Lepas tu pening kepala nak survive sampai hujung bulan. Jangan tersilap langkah dengan menggunakan Kredit Kad untuk menampung hidup. Amat-amat bahaya cara ini. Kami sehingga kini hanya menggunakan cash dalam apa-apa transaction. Bukan nak kata kami ni banyak duit tapi Ianya lebih selamat. Kalau takde cash, takde la berbelanja. Duduk diam-diam kat rumah, mengadap komputer. Hehehe, itu lah realiti hidup kami.

Selamat mencuba semua.

Mr Husband

First Rumah Sewa


Teringat masa awal-awal kahwin dulu. Masa tu Mr Husband & Mrs Wife menyewa di sebuah rumah kedai. Cadangnya nak buka kedai dan jadikan office kerana dalam rumah kedai tu ada 6 bilik. Seronok kami bila first time masuk rumah itu.


Tetapi apa yang kami rancangkan tak menjadi. Kedai yang dibuka tidak berapa menjadi kerana lokasi kurang strategik. Runsing kepala kami memikirkan cara agar kami boleh dapat keuntungan dari rumah kedai itu. Sewanya sebulan sudah RM 500. Pada masa itu kehidupan kami agak sukar.Dengan pendapatan hanya RM 800.00 sebulan, sewa RM 500.00 sebulan adalah amat mahal bagi kami pada waktu itu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Kemudian kami mendapat satu idea. "Bilik dalam rumah kita ni banyak kan? Apa kata kita sewakan sahaja bilik-bilik ni kepada orang? Kita hanya perlukan satu bilik untuk digunakan." Kata Mrs Wife.


Bermula dari hari itu, kami pun mula membuat iklan. Alhamdulillah, usaha kami berhasil. Memang agak sukar untuk mendapatkan penyewa wanita untuk menyewa rumah kedai. Al-maklumlah, rumah kedai kami tu dekat dengan kawasan MMU Melaka. Bagi student-student perempuan ni, menyewa rumah kedai tak berapa 'style'.

Hingga ke hari ini, kami telah berjaya memenuhkan 5 bilik daripada 6 bilik yang berada di dalam rumah kedai tersebut. Kami sekarang sudah menetap di Kuala Lumpur, tetapi rumah kedai tersebut masih memberikan keuntungan kepada kami. Berikut adalah kira-kira kasar untuk tatapan semua :

Modal Setiap Bulan : RM 500.00
Kutipan Sewa : RM 900.00

Untung Setiap Bulan : RM 400.00

Mungkin bagi sesetengah orang, RM 400.00 tiada apa nilainya. Sekejap je boleh habis. Betul tak? Tapi kalau kita pandai untuk menggunakannya, ianya akan membuahkan hasil.

RM 400.00 yang kami dapat ini adalah diperolehi setiap bulan secara tetap selepas ditolak RM 500.00 untuk dibayar kepada tuan tanah kedaun. Hanya tinggal satu lagi kekosongan di dalam rumah tersebut. Harga untuk bilik itu ialah RM 250.00 sebulan. Harganya tinggi kerana itu adalah bilik yang paling besar dalam rumah tersebut. Jika semua bilik di rumah itu berjaya disewakan, kami boleh mendapat keuntungan bersih RM 650.00 sebulan.

Best kan? Itu adalah satu lagi asset kami yang berjaya kami kumpul. Walaupun rumah itu adalah liabiliti pada mulanya kerana kami terpaksa membayarnya setiap bulan. Tetapi apabila kami mendapat kebenaran dari tuan tanah kedaun untuk menyewakannya, kami berjaya menukarnya dari LIABILITY kepada ASSET.

Kepada sesiapa diluar sana yang berminat, anda boleh gunakan cara ini untuk mendapatkan keuntungan jika anda mengalami masalah seperti kami.

Selamat mencuba.

Mr Husband

Asset RM 100,000.00


Hi semua,

Entry kali ni Mr Husband nak ceritakan tentang bagaimana kami telah berjaya melakukan satu kick-start yang besar dalam dalam perjalanan kami menuju RM 1,000,000.00.

Siang tadi, lepas buka kedai, ada la sorang customer ni datang beli baju Tadika Kemas. Time nak bayar tu, dia cakap, "Mahalnya baju ni, Dekat Kawanku baru RM 16.90 sepasang". Saya dan Mrs Wife pun agak terperanjat. Sangat jauh beza harganya dengan harga yang kami jual iaitu RM 25.00 sepasang.

So, lepas customer tu beredar, kami pun start la enjin 'Estima Legend' kami dan memulakan perjalanan ke kedai Kawanku. Memang betul, harganya RM 16.90!!. Terkejut kami, kerana mereke boleh menjual baju itu dengan harga kos kami. Sedangkan kami dapat harga itu dengan cara pembelian borong. So kami terpaksa la fikirkan supplier lain supaya kami dapat harga yang lebih murah dan dapat tawarkan harga yang lebih murah kepada pelanggan kami.

Keluar je dari kedai tu, tiba-tiba hati jadi berdebar-debar, berbunga-bunga, lidah kelu tak terkata. Kami nampak sesuatu yang kami tak sangka dapat lihat :


Tada.. Easy RHB. Seronok tak terkata. Allah tu Maha Pengatur. Mungkin jika pelanggan tadi tak datang ke kedai kami, kami tak berjumpa dengan Easy RHB ni. Terus kami masuk ke dalam dan buat pinjaman ASB RM 100,000.00. Tak sampai 15 minit, loan dah approve. Senang sangat. Siap dapat buka akaun simpanan dan Debit Card lagi. Hanya perlukan Kad Pengenalan untuk buka akaun.

Seperti dalam entry yang sebelum ini, Ini adalah Step 1 dalam perjalanan kami menuju satu juta. Alhamdulillah, kiranya sekarang ni kami sudah berjaya mengumpul Asset bernilai RM 100,000.00.

Berikut adalah kira-kira yang Mr Husband jalankan apabila pulang ke rumah :

Modal = RM 470 (Ansuran bulanan tahun pertama) x 12 = RM 5640
Anggaran Pulangan Dividen Minima = 8% setahun

Wang Terkumpul Selepas 25 Tahun = RM 143,541.69

Peratus Keuntungan Selepas 25 Tahun = 2545.06%

* modal hanyalah wang yang perlu dibayar untuk bayaran ansuran pada tahun pertama. Bayaran ansuran tahun berikutnya sehingga 25 tahun hanya menggunakan Dividen yang dibayar setiap tahun, tanpa mengeluarkan lebihan Dividen selepas tolak total bayaran untuk sepanjang tahun.

So sekarang ni Mr Husband dah ada track record dengan bank, lepas 6 bulan, dah boleh buat loan rumah. Tak sabar nak beli rumah untuk disewakan. Start tahun depan pula, boleh buka akaun ASB untuk Mrs Wife pula. Tak sabar nak berlari menuju satu juta ni.

Saya pernah terbaca dalam sebuah buku, tapi tak ingat siapa pengarangnya. Katanya lebih kurang begini :

"Businessman yang baik adalah businessman yang menggunakan wangnya sendiri untuk maju ke hadapan. Businessman yang bijak adalah businessman yang menggunakan wang orang lain untuk maju ke hadapan"

"Tidak semestinya kita perlu mengumpul wang sendiri untuk menambah asset kita. Belian asset melalui pinjaman adalah cara yang lebih bijak. Wang yang kita kumpul itu boleh digunakan untuk perkara lain."

"To success more, use other people's money and other people's time"

Selamat mengumpul Asset semua. ^_^

Mr Husband