- Tabungan Untuk Simpanan
- Tabungan Untuk Rumah
- Tabungan Untuk Kereta
- Tabungan Untuk Hobi / Berjalan
- Tabungan Untuk Anak
- Tabungan Untuk Kecemasan
- Tabungan Untuk Pergi Haji
Cara Menggandakan Wang Anda
Posted by Our Journey on 10:32 AM
·
Leave a comment
Baru-baru ni waktu Mr Husband berjalan-jalan ni Google, Mr Husband terjumpa quotes ni :
"The safest way to double your money is to fold it over and put it in your pocket." - Kin Hubbard
Memang setuju sangat dengan cadangan Kin Hubbard ni. Cara yang terbaik untuk menggandakan wang anda adalah dengan melipatnya dan simpan di dalam poket. Bukan bermakna duit yang sekeping tu kita lipat, nampak macam 2. Maksudnya, kawal nafsu kita dari menggunakan duit yang ada kepada perkara-perkara yang tidak penting. Kan lebih baik disimpannya di dalam tabung atau bank? Berguna untuk masa yang akan datang.
Sebenarnya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 TABUNGAN.
Orang ada yang bercakap. "Alamak, banyaknya tabung, mana cukup duit untuk simpan kat semua ni."
Tabungan yang dibuat berdasarkan tahap ekonomi individu tersebut. Tetapi memerlukan kita untuk berdisiplin dan konsisten dalam melakukan tabungan. Andaikata kita boleh menyimpan RM 50.00 setiap bulan untuk setiap tabung, hujung tahun kita akan ada RM 600.00 untuk setiap tabung!!!
Jumlah keseluruhan simpanan adalah RM 4,200.00 !!!!
Ianya hanya memerlukan anda untuk memotong gaji sebanyak RM 350.00 setiap bulan. Mungkin anda boleh menyimpan lebih ataupun kurang.
Kepada yang ingin menabung tetapi tidak cukup duit. Cadangan Mr Husband, cuba lihat balik perbelanjaan anda setiap bulan. Bagaimana anda membahagikan gaji anda dan jika ada tabiat bershopping ataupun perkara-perkara yang kurang mendatangkan faedah, bolehlah dikurang-kurangkan ataupun ditinggalkan terus.
Selain itu, kita juga boleh melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan side income. Contohnya menjual tudung. Kan senang je. Beli je tudung kat Jalan TAR secara borong, jual kepada officemate yang pakai tudung. Carilah trend-trend yang terbaru yang diminati.
Kebanyakan orang Melayu kita ni lebih suka membeli dari menjual. Mereka malu untuk menjual. Kena ingat, jika kita berniaga, kita memberi perkhidmatan dan menjual produk. Bukan minta sedekah. So, buat apa nak malu. Jangan malu tak bertempat.
Kita harus belajar untuk menyimpan. Ini kerana kita masih lagi muda. Jangan boros berbelanja dan ikutkan nafsu. Kelak, kita juga yang akan menyesal.
Selamat Menabung
Mr Husband
Apakah Impian Anda?
Posted by Our Journey on 1:04 AM
·
1
comments
Assalamualaikum wbt.
Hi semua,
Apa kabar? Mr.Husband doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Satu soalan Cepu Emas.
APAKAH IMPIAN ANDA?
Mungkin ramai pernah tanyakan soalan ni pada kita. Dan mungkin kita pernah tanyakan soalan ni pada diri kita sendiri. Tapi, pernah tak kita tanyakan pada diri kita soalan ini tiap-tiap hari? Dan bila kita tanyakan kepada diri kita soalan ini, tanyakan lagi satu soalan pada diri kita.
APAKAH IMPIAN ANDA SEBELUM INI DAH TERCAPAI?
10 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. 5 tahun yang lepas, mesti kita ada impian. Apa yang kita lakukan untuk mencapai impian itu? Berjayakah kita capai impian itu? atau impian tu jadi harapan je. Kat sini Mr.Husband nak share sket tips yang mungkin berguna. Bukan confirm berjaya ye. Tapi kalau follow, In Shaa Allah berjaya.
Tips Ringkas Bagi Mencapai Impian:-
1. Mesti ada Impian/Matlamat. Set satu impian/matlamat yang mampu dicapai. (jangan la pulak letak impian nak jadi Superman ke Spiderman ke. memang confirm la tak capai-capai)
2. Rancang perjalanan/cara untuk mencapai Impian tersebut (nak buat semua benda kena ada planning. If you fail to plan, you're planning to fail)
3. Fokus dan lakukan secara konsisten (apa sahaja perkara yang dilakukan separuh jalan, maka result dia separuh jalan jugak la)
4. Doa & Tawakkal. Sebagai umat Islam, kita wajib beriman dengan ketentuan Allah dan berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah tempat kita bergantung harap dan memohon pertolongan serta perlindungan.
Itu sahaja tipsnya. ringkas kan? mudah je. Mulakan dengan impian yang paling mudah untuk dicapai. Kemudian kepada yang makin sukar. Bila kita mengecapi kejayaan demi kejayaan, pastinya minda kita akan inginkan lagi kejayaan dan ini akan menambahkan lagi keyakinan dan kesun gguhan kita untuk berjaya.
Bila kita menemui kegagalan, jangan putus asa. Terus kan lagi hingga berjaya. Jika kita sudah mencuba, tapi gagal, sentiasa katakan kepada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". kemudian, cuba lagi. Kalau gagal lagi, katakan pada diri kita, "ok, ini last try. aku try skali lagi. last-last". In Shaa Allah, kita akan menemui kejayaan dalam usaha kita.
Ok, Sampai sini sahaja. dalam post yang akan datang, Mr.Husband akan post tentang 2 orang businessman angkut air.
Sekian, Assalamualaikum wbt
Mr.Husband
Panggilan Telefon Yang Mengejutkan
Posted by Our Journey on 12:28 AM
·
Leave a comment
Assalamualaikum wbt.
Apa kabar pembaca semua? Harap semuanya sihat. Sekali lagi maaf kerana dah lama sangat tak update story. Bukan apa, sangat-sangat sibuk menguruskan business yang ada hingga tak sempat nak tengok computer pun. (dah macam ambulance) ^_^
Ok, hari ni just nak share 1 story yang pada Mr.Husband sangat menarik dan membuatkan saya terharu.
Semalam Mrs.Wife call. Dia bagi tau yang dia menerima satu panggilan telefon dari salah seorang pembaca blog ni. Pemanggil tu bagi tau yang dia salah seorang pembaca blog ini dan beliau rasakan bahawa content dalam blog ini sangat-sangat menarik hinggakan disuruhnya anak-anak beliau turut membaca bagi mendapatkan ilmu.
Alhamdulillah, Mr.Husband rasa sangat terharu. Dapat juga Saham Akhirat. Macam yang Rasulullah SAW bersabda dlm satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,"Apabila mati anak adam itu, terputus segala amalannya kecuali 3 perkara. Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat, dan Anak Soleh yang mendoakan kedua Ibu Bapanya".
Sekali lagi Mr.Husband ucapkan jutaan terima kasih kepada pemanggil misteri itu atas panggilan dan komen yang diberikan. Teruskan membaca. In Shaa Allah, Mr.Husband akan update selalu info atau apa-apa yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan anda semua.
Sekian, terima kasih
Mr.Husband
Tips Hidup Aman Damai
Posted by Our Journey on 9:13 PM
·
Leave a comment
Assalamualaikum wbt.
Nak tak kita jadi jutawan? Siapa yang tak nak jadi jutawan? Apa yang kita lakukan untuk menjadi jutawan? Pernah tak kita terfikir, sampai bila kita nak hidup dan duduk dalam keadaan sekarang?
Mungkin ada di kalangan kita yang dah selesa dengan kehidupan yang kita ada sekarang ni. Tapi selesa je tak cukup. Tanyakan lagi pada diri kita. Berapa banyak orang dah kita bantu dengan kedudukan atau keadaan kita sekarang ni? Kerana manusia yang baik adalah manusia yang banyak memberikan kebaikan kepada manusia lain. Adakah kita golongan yang memberi, atau kita golongan kedekut yang asyik nak menerima tapi tak nak memberi? tanyakan balik pada diri kita.
Bila ada kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita nak majukan diri. Berapa ramai dikalangan kita yang akan support mereka? Adakah kita golongan yang memberikan semangat atau yang menakut-nakutkan mereka dengan kegagalan?
Kerana bila ada orang yang cuba keluar dari lingkugan 'selesa' dalam hidup mereka demi mencari keselesaan hidup yang lebih baik dari yang mereka ada sekarang ni, pasti ada dikalangan ahli keluarga yang tidak menyokong. Sila baca kisah Ketam Melayu & Ketam Cina untuk lebih faham.
Untuk menjadi jutawan. Perkara paling asas sekali adalah The Power Of Mind. Sentiasa berfikiran Positif. Dan Bersangka Baiklah Dengan Allah. Kerana setiap kebaikan dan keburukan yang berlaku ke atas kita, yakinlah bahawa Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengatur Lagi Maha Mengetahui.
Pedulikan cakap-cakap negatif yang org katakan kepada kita seperti Kau Tak Boleh, Mesti Rugi, dan macam macam lagi. Itu semua lalat-lalat yang menganggu. Yang penting kita fokus dengan apa yang kita nak capai, yang lain pedulikan. Tapi jangan sampai lupakan ALLAH pulak. Solat jangan tinggal. ibadah-ibadah lain pun jangan diabaikan.
Dan jangan lupa Senyum. Kalau kita tak tau nak senyum tu macam mana, bak kata Dr Azizan Osman, sebut TIGA !!!
Amalkan tips-tips ini, pasti hidup anda kana berubah menjadi luar biasa. Semoga Anda & Saya Kaya Dan Berjaya.
Mr Husband
Kenapa Hujung Bulan Selalu Sengkek?
Posted by Our Journey on 5:55 PM
·
Leave a comment
Assalamualaikum wbt.
Apa kabar semua? wah.. dah lama betul Mr. Husband tak tengok blog ni. dah banyak lalang dan sawang dkt sini. berhabuk. Bukan ular lipas je ada.. gajah pun dah siap membiak kat sini. huhu.. lama betul tak share kat blok ni. Insya Allah Mr Husband akan berusaha untuk bagi komitment yang terbaik untuk share perkara yang best-best je kat sini.
Mungkin semua dah lupa pasal blog ni. Tapi tak pe, Mr Husband akan cuba aktif kembali. Hari ni Mr Husband just nak share simple things je dulu sebagai refreshment iaitu tentang :
Kenapa Rezeki Kita Selalu Tak Cukup? Hujung Bulan Je 'Sengkek'
Awas ye kawan-kawan. Curi tulang ni bahaya penyakit ni. Sebagai contoh. Ini situasi yang sering berlaku dan yang sering Mr Husband perhatikan. Berikut adalah aturcara rutin staff / kakitangan kerajaan dan swasta.
8.30am : punch card
8.45am : breakfast dulu
9.30am : masuk office,
on PC,
selak-selak fail,
dan macam-macam lagi la.. kerja baru nak gerak.
10.30am : rehat pagi (macam sekolah la plak kan?)
11.00am : masuk office balik
sambung buat kerja
tak sengaja terlepak tempat kawan (gossip la tu)
12.15pm : rehat tengah hari (bukan waktu lunch pukul 1-2 ke?)
2.30 pm : masuk office balik (bukan waktu lunch 1-2 ke?)
2.45pm : solat zohor (tadi time rehat tak sempat nak solat)
3.00pm : sambung buat keje
4.00pm : high-tea (banyak buat keje kan? lapar)
4.30pm : sambung buat keje.
5.15pm : balik (bukan balik pukul 5.30 ke?)
P/s : Mr Husband bukan cerita pasal orang kat Malaysia. Orang-orang kat Malaysia ni semua 'commited'. Yang dekat Nepal barat tu... hehehe
Cuba kita lihat contoh di atas. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti atau hampir-hampir seperti di atas? Kalau macam tu, kita sendiri boleh nampak kenapa setiap bulan kita rasa gaji kita tidak cukup.
Setiap masa yang kita curi tu, adalah masa yang kita bayar. Setiap minit yang dibayar hasil dari ketidakjujuran kita menyebabkan rezeki kita selalu tersangkut.
So sama-samalah kita fikirkan ya. Sekadar perkongsian. Tidak ditujukan kepada sesiapa cuma sekadar renungan kita sebagai pekerja yang dibayar masa kita untuk bekerja, maka bekerjalah kita dengan jujur dan amanah.
'
Semoga Allah memberkati hidup kalian semua. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang.
Mr Husband
After 3 Months
Posted by Our Journey on 8:37 PM
·
Leave a comment
assalamualaikum wbt.
hi semua, rasanya dah hampir 3 bulan Mr. Husband tak bukak blog ni. Sorry. Al-maklumla, bizi yang memanjang. Alhamdulillah, rezeki yang diberikan Allah tu makin melimpah ruah.
Macam-macam perkara baru yang Mr. Husband belajar selama 3 bulan yang busy ni. Nanti Mr. Husband akan ceritakan kemudian. Apa yang nak diceritakan hari ni ialah apa yang Mr. Husband terbaca semalam. FINANCIAL LITERACY.
Pasti ramai di kalangan kita yang hari ini kerja untuk mendapatkan duit bagi menampung hidup bulanan mereka. Tapi berapa ramai di kalaingan kita yang mencari duit untuk menampung pelaburan mereka bagi menampung masa depan mereka.
Kebanyakan orang silap. Mereka anggap, kereta baru yang mereka beli, rumah yang mereka beli untuk diduduki adalah pelaburan mereka. Cuba kita fikirkan, bukankah pelaburan itu sesuatu yang membuahkan UNTUNG? Kereta yang kita pakai, adakah ianya mendatangkan side income bulanan atau tiap-tiap bulan kita yang nak kena tanggung kereta tu? Rumah yang kita duduk, adakah ianya mendatangkan side income bulanan atau tiap-tiap bulan kita kena bayar ansuran bulanan rumah tu, bil air, letrik, dan sebagainya?
Kalau kita yang kena menanggung semua itu, ianya bukan pelaburan ASSET, tapi LIABILITI(perkara yang memerlukan kita keluarkan duit kita untuk menanggung mereka).
Ramai orang berfikiran, "Kita beli dulu rumah untuk kita duduk, lepas tu baru la kita cari rumah untuk kita sewakan. Yang penting rumah sendiri dulu.". Bila kita dah beli rumah untuk kita duduk sendiri, kita akan terpengaruh dengan nafsu kita untuk menghias rumah, renovate rumah dan juga perkara-lain yang akam memerlukan kita untuk habiskan duit yang banyak, semata-mata untuk memuaskan nafsu dan keseronokan memiliki rumah sendiri. Kemudian, apabila selesai semua itu, kita akan terperangkap dalam hutang yang kita cipta sendiri yang mana akan memakan diri kita sendiri. Pada waktu itu, kita sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan. Tiap-tiap bulan kita akan mengeluh, "Menyesal aku duduk rumah ni, kalau aku tau mcm ni, dulu lagi aku dah sewakan". atau mungkin yang berfikiran seperti ini, "kalau aku tau mcm ni la susah nak bayar hutang, tak de la aku nak buat loan untuk renovate rumah".
Itu adalah kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang yang kerja makan gaji. Ini kerana mereka berasa selesa dengan kerja yang mereka ada. Tapi mereka lupa, mereka juga ada kemungkinan untuk dibuang kerja.
Investment ini ibarat kita menanam pokok. Apabila kita menanam benih, kita perlu jaganya, baja dan siram. Tapi apabila pokok itu sudah besar dan akarnya sudah panjang ke dalam tanah, ianya akan membuahkan hasil. Dan pada ketika itu, kita tidak lagi perlu untuk menjaganya, ia boleh tumbuh dan berbuah dengan sendirinya.
FINANCIAL LITERACY ialah ibarat tapak rumah yang ingin kita bina. Jika kita ingin membina sebuah rumah teres, kita hanya perlu memacak tiang sedalam 10 kaki sahaja. Tapi, apa akan jadi jika tiang yang dipacak sedalam 10kaki itu digunakan untuk membina KLCC? Pasti akan roboh bukan?
Tidak ada cara yang pantas untuk menjadi kaya. Yang penting, usaha yang gigih dan bijak serta perlu untuk kita mempelajari ilmu pengurusan kewangan.
Sekian.
MR. HUSBAND
Dimanakah Anda?
Posted by Our Journey on 9:40 AM
·
Leave a comment
*sumber dari buku Rich Dad Poor Dad : Cashflow Quadrant
Dimanakah antara 4 golongan ini anda berada?
Pastinya setiap orang impikan untuk 'duduk goyang kaki dan tunggu duit masuk' betul kan? Tetapi, apa yang kita lakukan? Adakah usaha kita masih sama atau lebih lagi?
Kebanyakan antara kita masih terperangkap dalam 'zon selesa' kehidupan mereka dan tidak ingin atau tidak berjaya untuk keluar. Setiap hari pergi kerja, lakukan kerja yang sama, dapat gaji hujung bulan, habis bayar hutang dan tak cukup untuk menimpan. Jika ada pun mungkin sedikit. Merungut kerana gaji tak cukup. Betul tak? Dan kita lakukan perkara yang sama setiap bulan dan hadapi masalah yang sama. Itu maknanya kita terperangkap dalam 'Rat Race'.
Biasa lihat tikus berlari dekat atas roda dalam sangkarnya? Macam tu juga kita. Berlari di tempat yang sama. Berhenti di tempat yang sama. Mungkin kita pernah cuba untuk menambah income kita setiap bulan tetapi tidak berjaya.
Mr Husband bercakap melalui pengalaman Mr Husband dan Mrs Wife. Walaupun kami masih muda dan pengalaman tidak cukup banyak, diharap membantu anda di luar sana untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik.
Kami bermula kerjaya kami sebagai golongan S = Self Employee. (Kerja Mr Husband dulu sebagai Bell Boy tu keje main-main je). Alhamdulillah, selepas 2 tahun, kami mempunyai beberapa business yang mana menempatkan kami di golongan S dan B = Business Owner. Sekarang, Kami mula berjinak-jinak untuk melangkah ke golongan I = Investor. Di situ lah impian kami di mana jika kami berada di dalam golongan I, impian satu juta kami yang pertama akan tercapai dengan lebih cepat lagi.
Kami meletakkan sasaran sejak tahun lepas lagi. paling lewat, 10 tahun akan datang dari 2009, ketika umur kami 36 tahun, kami akan miliki satu juta kami yang pertama. Seperti orang jawa selalu kata "THE FIRST IS THE HARDEST". Satu juta itu tidak bermakna dalam bentuk wang ringgit. Ianya juga berupa harta atau asset. Jika kita ada 10 buah rumah berharga seratus ribu, kita juga dikira sebagai jutawan. Betul tak?
Anda bagai mana? Apakah sasaran anda 10 tahun akan datang? Apa yang anda lakukan sekarang untuk sampai ke sasaran anda. Berikut Mr husband share sedikit beberapa quotes yang Mr Husband suka dan pegang :
"Shoot for the Moon. Even you missed it, you will land among the stars".
"It only takes one minute to change your life".
"If you fail to plan, you're planning to fail".
"Don't look where you fall, look where you slipped".
Mr husband
Subscribe to:
Posts (Atom)